Kaedahnya :
1. Beberapa tangkai bunga belimbing buluh terlebih dahulu diwapkan iaitu ketika menanak nasi, bila nasi telah masak, letakkan bunga belimbing buluh itu di atas nasi dan tutup periuk nasi yang baru masak itu sebentar kira-kira 2 - 3 minit.
2. Kemudian keluarkan bunga belimbing buluh yang telah diwapkan lalu letakkan dalam gelas. Seterusnya tuang air mendidih ke dalam gelas tersebut. Air panas akan mengekstrak jus bunga belimbing menjadikan air panas berubah ke warna ungu.
3. Campurkan sedikit gula batu atau gula pasir secukup rasa dan kacau.
4. Hasilnya ialah minuman yang mempunyai warna dan rasa seakan-akan ribena. Minum sediaan ini 3 kali sehari selama 2 - 3 hari.
atau
Petua lain ;
1. Rebus segugus anggur hijau hingga mendidih. Minum air rebusannya apabila suam / sejuk. Ulang minum 2 - 3 kali sehari.
2. Untuk batuk yang menyerang waktu malam, Ambil seketul nasi sejuk dan rendamkan sebentar dalam segelas air masak sejuk. Selawat dan minum pada waktu tengah malam.
3. Makan buah durian belanda yang masak ranum.
4. Rendam empulur / sabut buah delima beberapa jam lalu minum airnya.
5. Campurkan 2 sudu besar madu lebah dengan perahan sebiji limau kasturi dan minum.
6. Minum teguk sedikit madu apit-apit (sejenis lebah kecil).
No Deposit Bonus Codes for 2021 - DrMCD
ReplyDelete1xCasino 대구광역 출장안마 Review for 2021 오산 출장안마 - Play with Bonus, Enjoy Free Spins, 군포 출장안마 Deposit and Redeem Bonus 경주 출장샵 Codes. Find exclusive 대전광역 출장샵 bonuses, free spins and no deposit