Wednesday, October 22, 2014

Penanda Wacana

Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.

Contoh soalan :

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya  tercicir atau tersalah letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.  
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.  
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5 Dato Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.  
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya

6 Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
A justeru
B lagipun
C namun
D walhal

7 _________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik pun
B Jangankanpun
C Walaupunbahkan
D Walaupunnamun

8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu

9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian

10 Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian

11 Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi

12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu

13 Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Walaupun demikian
D Oleh sebab itu


14 Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
A Namun demikian
B Selepas itu
C Oleh itu
D Justeru

15 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. ___________, diberi nasihat.
A Mungkin  
B Selain itu  
C Selepas itu
D Lebih-lebih lagi

16 Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah .  _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung Bidara.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Biarpun demikian
D Namun demikian

17 Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya.
A Biarpun demikian  
B Lebih-lebih lagi
C Oleh itu
D Mungkin

18 Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.
A kemudian
B akan tetapi
C selanjutnya
D namun begitu

19 Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.  A Selepas itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Tambahan pula

20 Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________, harga barangan keperluan.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Lebih-lebih lagi

No comments:

Post a Comment